Ramai orang beli sukulen cantik-cantik, tapi tanam dalam tanah bunga biasa. Lepas tu pelik kenapa cepat layu, akar busuk, atau daun lembik. Hakikatnya, media tanaman memainkan peranan besar dalam kesihatan sukulen.
1. Tanah Cactus & Succulent Mix (Paling Ideal)
Campuran ni direka khas untuk cepat kering dan longgar. Biasanya mengandungi:
- Tanah gambut
- Pasir kasar
- Batu apung (pumice) atau perlite
Tip: Boleh beli siap atau buat sendiri di rumah.
2. Batu Apung (Pumice)
Batu ringan yang bantu saliran dan beri oksigen pada akar. Tak serap air, jadi sangat bagus untuk elak akar lemas.
3. Perlite
Batu putih ringan macam polisterin. Campurkan dalam tanah untuk tingkatkan pengudaraan dan kurangkan kelembapan berlebihan.
4. Pasir Sungai Kasar
Jangan guna pasir halus! Guna pasir kasar yang tak melekat. Fungsi dia untuk longgarkan medium dan cepatkan pengeringan.
5. Cocopeat (Digunakan dengan Berhati-hati)
Cocopeat tahan lembap. Jadi kalau guna, kena campur dengan banyak bahan porous supaya tak terlalu lembap.
Nisbah Campuran Disyorkan
Contoh campuran DIY:
- 2 bahagian tanah cactus
- 1 bahagian pasir kasar
- 1 bahagian batu apung/perlite
Nak senang?
Oder sahaja media Mix Soil dengan Mawar Mewangi, kami ada mengeluarkan medium yang 99.99% baik untuk tanaman Sukulen dan Kaktus anda.
Media tanaman bukan sekadar ‘tanah’. Ia adalah nyawa kepada sukulen dan kaktus. Bila akar sihat, barulah daun cantik dan tumbuh subur. Jangan kedekut bab ni—tanah yang betul, separuh kejayaan!