Nak eratkan hubungan dengan anak atau anak saudara? Tanam sukulen mini bersama mereka! Mudah, selamat dan sangat menyeronokkan.
Kenapa Sesuai Untuk Kanak-Kanak?
- Tak kotor sangat
- Saiz kecil – mudah dikendali
- Boleh guna bekas comel
- Ajar tanggungjawab & kesabaran
Aktiviti Mudah:
- Pilih pasu comel (mainan / mug kecil)
- Masukkan batu kecil
- Tambah tanah khas
- Tanam anak sukulen
- Hiaskan dengan pasir, batu warna-warni
- Letakkan label nama (boleh beri nama pokok!)
Nilai Yang Anak Belajar:
- Kesabaran
- Penjagaan harian
- Kreativiti
- Rasa tanggungjawab
Family time dengan CnS !
Tak perlu tunggu hujung minggu panjang. Aktiviti ni boleh dibuat dalam 30 minit sahaja—dan hasilnya, memori yang mereka akan ingat sampai besar.